Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dos vaksin mampu kawal varian Delta

    THE HAGUE, 1 JULAI – Dua dos vaksin COVID-19 nampaknya mampu menyediakan perlindungan terhadap varian Delta, kata Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) hari ini.

    Penilaian positif itu keluar ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengingatkan varian koronavirus pertama dikesan di India mungkin mencetuskan gelombang kes baharu di Eropah.

    Ketua strategi vaksin EMA, Marco Cavaleri, berkata badan pengawal selia berpangkalan di Amsterdam itu sedar mengenai kebimbangan yang ditimbulkan oleh penularan varian Delta.

    “Buat masa sekarang, nampaknya empat vaksin yang telah diluluskan di Kesatuan Eropah mampu melindungi kesemua strain yang merebak di Eropah, termasuk varian Delta,” katanya.

    “Data yang diperoleh dari kes dunia sebenar menunjukkan dua dos vaksin mampu melindungi varian Delta.”

    Ujian makmal juga menunjukkan antibodi daripada vaksin berkenaan berupaya meneutralkan Delta ‘maka ia merupakan berita memberangsangkan.’

    Empat vaksin yang telah diluluskan untuk kegunaan di EU adalah Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

    Cavaleri dari EMA berkata badan pengawal selia menggesa pengeluar supaya memastikan suntikan vaksin mereka berkesan terhadap kesemua varian penyakit termasuk ‘Delta Plus.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda