ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
NOVEL The Fragile Ordinary karya Samantha Young mengisahkan tentang seorang gadis bernama Comet Caldwell yang tidak menyukai namanya sendiri, kerana tanggapan orang sekelilingnya yang beranggapan bahawa dia mampu menceriakan dan menerangi suasana umpama komet membelah langit.
Comet tidak pernah menginginkan untuk menjadi tumpuan perhatian orang ramai. Dia tidak sabar-sabar untuk menamatkan pengajiannya di sekolah tingginya di Edinburgh, Scotland, di mana satu-satunya tempat di mana dia dapat menjadi dirinya yang sebenar adalah dalam laman blog sasteranya.
Comet berharap kehidupannya akan berubah apabila dia masuk ke universiti jauh dari kampung halamannya sendiri.

Apabila seorang penuntut baharu, Tobias King, datang dari Amerika dan menggegarkan sekolah tersebut, Comet fikir bahawa dia mengenali Tobias sebagai seorang budak nakal. Sehinggalah mereka berdua digabungkan sebagai satu kumpulan bagi tugasan kelas mereka.
Hubungan mereka mulai erat dan dunia Comet yang kebiasaannya berubah. Tobias mempunyai masa lampau yang kelam dan berhadapan dengan orang ramai yang tidak gembira terhadap perhubungannya bersama Comet.