Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua ekor panda gergasi China dihantar ke zoo AS

    BEIJING, 15 OKT – Dua ekor panda gergasi telah dihantar dari China ke zoo ibu negara Amerika Syarikat (AS) kelmarin, kata kumpulan pemuliharaan China dalam satu kenyataan.

    Bao Li, seekor panda jantan, dan Qing Bao, betina, kedua-duanya berusia tiga tahun, telah menuju Zoo Negara Smithsonian di Washington di bawah perjanjian pembiakan dan penyelidikan selama 10 tahun.

    “China dan AS telah membuat rancangan yang teratur bagi memastikan kedua-dua panda gergasi itu akan tiba di Zoo Negara Washington dengan lancar dan selamat,” kata Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) dalam satu kenyataan.

    Hanya beberapa ekor beruang hitam-putih kekal di AS selepas hampir kesemuanya dipulangkan ke China dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kontrak yang telah diatur sebelumnya termasuk ketiga-tiga ekor panda Zoo Negara November lalu.

    China telah menggunakan diplomasi panda sejak 1972, apabila haiwan pertama dihantar ke Washington sebagai hadiah, berikutan lawatan bersejarah presiden AS, Richard Nixon ke negara itu.

    Presiden China, Xi Jinping, berkata selepas bertemu rakan sejawatannya Joe Biden pada sidang kemuncak di California November lalu, China boleh menghantar panda baharu sebagai utusan persahabatan antara rakyat China dan Amerika. – AFP

    Gambar menunjukkan Bao Li bersedia untuk dihantar dari Pangkalan Dujiangyan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China di wilayah Sichuan, barat daya China pada 14 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda