TEHRAN/KAHERAH, 20 JULAI – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan utara dan tengah Iran sekitar 12:30 malam tadi, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, menurut pusat berkenaan.
Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan kawasan 31km ke timur perkampungan Qarnabad di timur laut Iran kira-kira 12:30 tengah malam, menurut laporan itu.
Pusat gempa dengan kedalaman 10km, pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.84 darjah utara dan longitud 54.94 darjah timur, tambahnya. – Bernama
