Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Dua gempa landa San Diego

    SAN DIEGO, CALIFORNIA, 15 MEI – Dua gempa bumi lemah berlaku selang satu saat pada Isnin di selatan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, mengakibatkan gegaran di kawasan San Diego County, menurut Jabatan Geologi AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Gempa bumi pertama berukuran 3.4 pada skala Richter melanda pada 5:13 petang kira-kira 8 kilometer (km) barat daya Tecate, Mexico, dan 24 km barat daya Campo. Ia serta-merta diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 3.6 kira-kira 37 km barat daya Progreso, Mexico, dan 50km tenggara Campo.

    Tiada ada petunjuk gegaran pada gempa bumi pertama yang mencetuskan gempa kedua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -