Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua gol Lewandowski benam Red Star

    BELGRADE, 7 NOV – Robert Lewandowski menjaringkan dua gol membantu Barcelona membelasah Red Star Belgrade, 5-2 untuk kekal di tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara kelmarin.

    Penyerang veteran itu kini menghampiri 99 gol sepanjang kerjayanya dalam kejoha-nan itu, manakala Inigo Martinez, Raphinha dan Fermin Lopez turut menjaringkan gol ketika Barcelona menang selesa di Serbia.

    Selepas membelasah Bayern Munich 4-1 dalam perlawanan Eropah sebelum ini, pasukan Hansi Flick meneruskan momentum dengan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan.

    Dalam siri kemenangan itu, Barcelona telah menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam setiap perlawanan dan mencatat prestasi yang sama di stadium Rajko Mitic.

    “Jelas sekali kami melakukan banyak perkara dengan sangat baik, dan banyak daripadanya dapat dilihat dalam permainan kami, tetapi ada beberapa perkara yang boleh saya katakan, sebagai seorang pemain pertahanan, kami masih mengalami kesukaran,” kata pemain pertahanan tengah Barcelona, Martinez.

    Reaksi Lewandowski semasa Liga Juara-Juara di Stadium Rajko-Mitic, di Belgrade pada 6 November. – AFP

    “Apabila pasukan sedikit kehilangan fokus pada peng-hujung perlawanan, jika kita dapat memperbaiki perkara itu, saya rasa kita boleh menjadi pasukan yang hebat, dan sekarang kita boleh menikmati kemenangan ini,” tambahnya.

    Frenkie de Jong yang kembali cergas selepas kecederaan, memulakan perlawanan pertamanya sejak April untuk Barcelona, tetapi Flick kebanyakannya memilih pasukan pilihan utama tetapnya.

    Pengurus Jerman itu menggunakan barisan pertahanan yang amat mantap yang telah mengecewakan Bayern Munich dan Real Madrid dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan selepas empat minit, gol Red Star dibatalkan kerana ofsaid.

    Timi Elsnik berjaya melepasi pertahanan dan menjaringkan gol, tetapi dia berada di luar kedudukan melepasi pemain pertahanan terakhir.

    Barcelona mendahului selepas 13 minit apabila Martinez menjaringkan gol dengan tandukan cemerlang hasil sepakan percuma berbahaya daripada Raphinha. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda