Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua gol Salah hentam West Ham

    LONDON, 5 Nov – Dua gol Mohamed Salah telah meletakkan kedudukan pengurus West Ham United, Slaven Bilic dalam bahaya dipecat apabila Liverpool membelasah pasukan bergelut Liga Perdana itu 4-1 awal pagi tadi.

    Salah memberikan pendahuluan buat Liverpool di Stadium London dan Joel Matip menggandakan pendahuluan pasukan pelawat sebelum setengah jam bagi memberikan Bilic atmosfera tegang.

    Manuel Lanzini mengurangkan defisit, tetapi West Ham rebah apabila Alex Oxlade-Chamberlain mendapatkan gol ketiga Liverpool sebelum Salah menjaringkan gol ke-12 musim ini bagi melengkapkan kemenangan.

    Bilic dan para pemainnya diejek oleh penyokong West Ham yang marah dan ia pasti tidak begitu mengejutkan jika warga Croatia itu dipecat dalam tempoh rehat antarabangsa dua minggu ini.

    Meskipun Bilic mengakui bahawa tugasnya dalam bahaya susulan keputusan seri menentang Crystal Palace dan situasinya kini semakin buruk.

    Mohamed Salah (kanan) meraikan gol keempat Liverpool bersama rakan sepasukannya ketika menentang West Ham di Stadium London. – AP

    West Ham kini hanya satu mata dan tangga di atas zon penyingkiran selepas mengharungi empat perlawanan tanpa menang.

    Berbeza dengan kesengsaraan Bilic, bos Liverpool Jurgen Klopp menutup mulut pengkritiknya ketika ini selepas Reds menang tiga perlawanan berturut-turut dalam semua persaingan.

    Sebelum ini dia telah diserang mengenai taktik dan penandatangan pemain selepas dibelasah di Tottenham Hotspur, Klopp kini telah membawa Liverpool dengan beberapa kemenangan berturut-turut buat pertama kali sejak Ogos.

    Klopp telah menerima berita baik sebelum perlawanan apabila pemain sayap Senegal, Sadio Mane disahkan cergas lebih awal daripada kecederaan hamstring. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda