BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran kepada dua pegawai kanan Badan Kehakiman semalam pada Istiadat Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran bersempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-72 tahun.
Hakim John Barry Mortimer, Presiden Mahkamah Rayuan dikurniakan Darjah Seri Mahkota Brunei Yang Amat Mulia, Darjah Pertama, S.P.M.B yang membawa gelaran Dato Seri Paduka dan kepada Hakim James Kerr Findlay, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dikurniakan Darjah Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa, Darjah Kedua, D.S.L.J yang membawa gelaran Dato Seri Laila Jasa. Klik di sini untuk berita lanjut