Friday, February 21, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua hilang selepas letupan bangunan di Youngstown, Ohio

    OHIO, 29 MEI – Dua orang hilang dan tujuh cedera apabila letupan gas asli menyebabkan kerosakan besar pada sebuah bangunan di pusat bandar Youngtown, Ohio, kata pihak berkuasa.

    Letupan itu, yang berlaku sekitar 2:45 petang kelmarin, meranapkan Menara Realty.

    Anggota bomba membantu beberapa orang keluar dari bangunan itu, yang menempatkan Bank Chase di tingkat bawah dan mempunyai pangsapuri di tingkat atas.

    Ketua Bomba Youngstown, Barry Finley berkata seorang lelaki dan seorang wanita dilaporkan hilang berikutan letupan itu. Salah seorang adalah pekerja Chase, katanya.

    Letupan itu menyebabkan tingkat satu runtuh ke dalam ruangan bawah tanah, kata Finley, dan integriti struktur bangunan itu dipersoalkan, jadi tiada anggota bomba dibenarkan masuk untuk melakukan usaha mencari.

    Tujuh orang yang cedera telah dibawa ke Hospital Kesihatan Mercy di Youngstown.

    Jurucakap hospital berkata seorang berada dalam keadaan kritikal tetapi tidak mengeluarkan butiran lanjut.

    Siaran media sosial oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Mahoning berkata terdapat letupan gas asli dan keadaan “berubah-rubah tetapi terkawal.”

    Letupan itu menggegarkan kawasan pusat bandar di bandar yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk itu. Batu-bata, kaca dan serpihan lain bertaburan di kaki lima. – AP

    Gambar The New York Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda