BOGOTA, 21 FEB – Dua ekor ikan lumba-lumba Sungai Amazon, ibu dan juga anaknya, berjaya diselamatkan dari sungai di Colombia di mana mamalia terancam itu terperangkap di perairan cetek, menurut kenyataan tentera laut.
Dalam sebuah video yang diterbitkan oleh tentera laut kelmarin menunjukkan pegawai-pegawai mengangkat ikan lumba-lumba tersebut di atas buai kanvas yang diubahsuai, manakala yang lain memeriksa keadaan mamalia itu dan menyiramnya dengan air.
Masa sangat kritikal. Pakar memindahkan ikan lumba-lumba itu keluar dari sungai, segera menjalankan pemeriksaan ke atas keadaannya di tebing sungai, kemudian melepaskannya ke lautan dalam tempoh 17 minit, Erika Gomez dari Omacha Foundation, yang ikut serta dalam operasi menyelamat, memberitahu AFP.
Masyarakat di sana memaklumkan pihak berkuasa tentang ikan lumba-lumba yang terperangkap di Sungai Meta, Colombia, anak sungai Orinoco, minggu lalu, kata Gomez.
Pasukan keselamatan, pihak berkuasa alam sekitar dan NGO turut terlibat dalam operasi itu.
Ikan lumba-lumba itu diklasifikasikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi sejak 2018. – AFP