Wednesday, February 26, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua individu buang sampah dikompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Dua individu telah dikenakan denda kompaun oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu membuang sampah di tempat awam baru-baru ini.

    Dua individu berkenaan adalah seorang warganegara Indonesia yang dikenakan kompaun $100 dan seorang lagi warga tempatan yang dikenakan denda $300.

    Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak Jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui aplikasi whatsapp ke 8321581.

    Atas & Bawah: Dua individu yang didapati melakukan kesalahan.
    GAMBAR –GAMBAR SERAHAN JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda