Sunday, November 24, 2024
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua individu dikompaun akibat buang sampah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dua orang individu telah dikenakan kompaun oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hasil daripada siasatan dan operasi yang telah dijalankan berasingan pada 20 November lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini, menyatakan bahawa dua orang individu berkenaan telah dikenakan denda kompaun iaitu sebanyak $3,000 dan $1,000 masing-masing atas kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian.

    Sehubungan dengan itu, adalah diingatkan kepada individu-individu berkenaan supaya todak mengambil ringan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu, manakala bagi syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan Daerah Brunei dan Muara juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan WhatsApp, 8321581.  

    Atas & Bawah: Kawasan yang dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang. – GAMBAR-GAMBAR SERAHN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda