MEKAH, 13 MEI – Peronda keselamatan di Mekah menahan dua penduduk Indonesia kerana melakukan penipuan dengan menyiarkan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan, mempromosikan kad Haji Nusuk palsu serta melanggar peraturan haji.
Menurut agensi berita Arab Saudi (SPA), mereka melakukan penipuan itu dengan melindungi 23 pelawat yang memegang pelbagai jenis visa lawatan di sebuah bangunan di Mekah. Kedua-dua individu itu ditahan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka dan kes dirujuk kepada Pendakwa Raya, manakala individu yang dilindungi mereka dirujuk kepada pihak berkuasa untuk dikenakan hukuman sewajarnya mengikut undang-undang. – Bernama
