Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua individu ditahan terbabit dalam sindiket penyeludupan kucing eksotik

    MADRID, 15 APRIL – Polis Sepanyol telah menahan dua individu berhubung dengan penjualan kucing eksotik secara dalam talian.

    Menurut kenyataan Pengawal Awam Sepanyol pada Khamis, pihak berkuasa telah merampas 19 haiwan, termasuk seekor caracal dan dua serval dalam satu operasi di Manacor, pulau Balearic Mallorca.

    Lebih daripada 40 pasport haiwan tidak sah dari negara Rusia, Belarus dan China turut ditemui semasa rampasan itu.

    Operasi itu bermula pada Mac tahun lalu, apabila pihak Pengawal Awam mengesan pasangan di Palma de Mallorca yang membela serval, caracal dan kacukan kucing domestik bertujuan menjual haiwan-haiwan berkenaan melalui media sosial.

    Suspek disyaki telah menawarkan haiwan seperti harimau putih, harimau dahan, lynx Eurasia, dubuk, harimau kumbang hitam dan puma yang dijual pada harga 60,000 euro (AS68,000). – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda