Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Dua insiatif bantuan subsidi tiket penerbangan diteruskan

    SEPANG, 3 SEPT – Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

    Beliau berkata, dua inisiatif itu ialah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) diteruskan; dan mengekalkan harga siling tiket penerbangan RM599 di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.

    “Kabinet telah pun memutuskan untuk inisiatif program FLYsiswa iaitu bantuan penerbangan kepada pelajar Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang layak, mereka tetap diberikan bantuan RM300 dan itu akan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

    “Jadi setiap tahun kita akan bantu ini di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga akan ada membantu pelajar-pelajar mereka. Jadi ini dapat mengurangkan beban khususnya untuk pelajar,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Capsule Transit MAX, hari ini.

    Loke berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju untuk mengekalkan dasar harga siling tiket penerbangan semasa musim perayaan, dengan tiga hari sebelum musim perayaan kerajaan akan menetapkan kadar siling untuk semua penerbangan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

    “Kita akan tetapkan harga siling seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada harga RM599, jadi apa yang selebihnya kita akan bagi subsidi daripada kerajaan kepada syarikat penerbangan.

    “Itu antara langkah yang kita ambil untuk memastikan terutamanya penduduk dan rakyat Sabah, Sarawak dapat dibantu dan mengurangkan beban mereka,” katanya.

    Sementara itu, Loke berkata pembukaan Capsule Transit MAX sebuah hotel premium dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, bertepatan dengan usaha Malaysia dalam menyambut ketibaan pelancong dan pengembara ke negara ini.

    Capsule Transit MAX menawarkan kemudahan setaraf hotel lima bintang dengan 46 katil premium, ruang istirahat, spa dan kemudahan gimnasium. – Bernama

    Anthony Loke bercakap pada sidang media mengenai Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2024 di Kementerian Pengangkutan pada 28 Ogos. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...