Monday, May 5, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua jaringan Mbappe kekalkan impian Real Madrid

    MADRID, 5 MEI – Kylian Mbappe menjaringkan dua gol membantu Real Madrid tewaskan Celta Vigo dengan kemenangan 3-2 untuk kekal di hadapan pendahulu La Liga, Barcelona, kelmarin.

    Selepas pasukan Catalan berjaya bangkit semula di Valladolid pada Sabtu lalu, Madrid pula terselamat daripada serangan balas Celta untuk mengekalkan jurang empat mata menjelang Clasico Ahad depan.

    Juara bertahan Madrid, mendahului tiga gol tetapi terpaksa bertahan di Santiago Bernabeu diasak Celta yang di tempat ketujuh.

    “Perlawanan nampaknya sudah selesai. Awda perlu ingat kami bermain tanpa enam pemain pertahanan dan kami tidak selalunya mampu menyelesaikan perkara ini,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti.

    Pasukan Ancelotti tampil dengan beberapa kecederaan barisan pertahanan tetapi berjaya mengatasi gelombang awal asakan Celta, dengan Arda Guler yang berusia 20 tahun dari Turki yang memainkan peranan dengan berkesan menggantikan Rodrygo Goes.

    Madrid membuka tirai jaringan menerusi Guler selepas 33 minit, apabila dia bijak mengolah sedikit ruang di dalam kotak dan kemudian dengan cemerlang membuat jaringan melencong melepasi jangkauan Vicente Guaita.

    Mbappe menggandakan pendahuluan Madrid selepas 39 minit masa perlawanan.

    Hanya tiga minit separuh masa kedua, Mbappe menjaringkan gol sekali lagi untuk gol liga ke-24nya musim ini, meletakkannya satu gol di belakang penjaring terbanyak, Robert Lewandowski dari Barcelona.

    Nampaknya permainan itu telah dimenangi untuk Madrid tetapi Javier Rodriguez membangkitkan Celta kembali dengan penyudah dari jarak dekat selepas tendangan sudut diberikan kepada Celta.

    Iago Aspas dimasukkan dari bangku simpanan menggantika Galicia serta-merta memberi Celta lebih dorongan menyerang dan dia menghasilkan hantaran hebat untuk Williot Swedberg untuk menjaringkan melepasi gol kedua mengatasi Courtois.

    Jika Madrid telah kehilangan mata, ia akan membolehkan Barcelona menjulang kejuaraan hujung minggu depan dengan kemenangan Clasico. – AFP

    Aksi Kylian Mbappe menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa menentang Celta de Vigo di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda