Thursday, March 6, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua jaringan yang ‘mungkin’ paling penting – Kane

    MUNICH, 6 MAC – Harry Kane berkata dua golnya dalam kemenangan 3-0 Liga Juara-Juara pada perlawanan pertama pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara ke atas Bayer Leverkusen kelmarin ‘mungkin’ yang paling penting setakat ini untuk Bayern Munich.

    Tandukan Kane pada minit kesembilan dan sepakan penalti separuh masa kedua meletakkan Bayern dalam kelebihan menjelang aksi timbal balik minggu hadapan.

    Pemain berusia 31 tahun itu masih mencari piala utama dalam kariernya setelah tidak memenangi sebarang piala musim lalu , juga piala yang pertama untuknya di Bayern.

    Ditanya sama ada gol itu adalah yang paling penting setakat ini, Kane berkata: “Mungkin saya akan berkata begitu.”

    “Kami tahu apa yang akan berlaku dalam perlawanan ini. Kami tahu gembar-gembur sekitar perlawanan ini dan kami kekal tenang.

    “Ia bagus untuk menjaringkan gol agak awal dalam permainan dan kemudian mendapat satu lagi, tetapi seperti biasa saya menantikan yang seterusnya.”

    Kane mempunyai 75 gol dalam 79 perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai Bayern dari Spurs pada musim panas 2023.

    Bayern sebelum ini tidak pernah menewaskan Leverkusen di bawah kendalian Xabi Alonso, dengan rekod seri tiga kali dan kalah tiga kali.

    Sementera Jurulatih Bayern, Vincent Kompany menolak untuk memberi komen berikutan kemenangan pasukannya dalam pertandingan itu.

    “Tiada kenyataan. Hanya fokus pada perlawanan seterusnya,” katanya.

    Namun kelab gergasi Jerman itu dibayangi kecederaan kapten dan penjaga gol Manuel Neuer, yang terpaksa digantikan oleh pemain pertama Bayern berusia 21 tahun, Jonas Urbig.

    Kompany berkata dia tidak pasti sama ada Neuer akan pulih tetapi dia menyokong kualiti pasukannya pada semua posisi. – AFP

    Tag:

    Aksi Harry Kane menjaringkan dari sepakan penalti semasa menentang Bayer 04 Leverkusen di Munich, Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda