Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua jenis aneurisme otak

    Setiap tahun, hampir setengah juta orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat aneurisme otak.

    Aneurisme otak, juga dikenali sebagai aneurisme serebrum, ialah pembengkakan atau penggelembungan pada salur darah di dalam otak.

    Pakar bedah saraf dari Mayo Clinic, Dr Chris Fox, menjelaskan bahawa terdapat dua kategori utama aneurisme: aneurisme yang pecah, yang merupakan kecemasan bedah saraf; dan aneurisme yang belum pecah, yang memberi ruang untuk merancang rawatan dengan pelbagai pilihan.

    “Bagi aneurisme yang belum pecah, kita mempunyai masa untuk merancang dan membuat keputusan tentang rawatan terbaik tanpa tergesa-gesa,” katanya.

    Namun, apabila aneurisme otak pecah, rawatan perubatan segera amat diperlukan.

    Meskipun aneurisme otak yang pecah merupakan kecemasan perubatan, aneurisme yang belum pecah memberikan ruang kepada doktor untuk mempertimbangkan pilihan rawatan dan memilih yang terbaik. — AFP

    “Kebiasaannya apabila kami berdepan pesakit dengan aneurisme yang telah pecah, kami akan merawatnya secepat mungkin.

    “Ini biasanya dalam tempoh beberapa jam kerana terdapat risiko aneurisme tersebut boleh pecah semula,” jelas beliau.

    Gejala aneurisme yang pecah termasuklah sakit kepala yang teramat sangat, loya, muntah, kekeliruan dan kehilangan kesedaran.

    “Tanda klasik bagi aneurisme yang pecah ialah pesakit mengalami sakit kepala paling teruk dalam hidup mereka,” kata Dr Fox.

    Aneurisme otak lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita dan mungkin juga melibatkan faktor genetik kerana ia boleh diwarisi dalam keluarga.

    “Tetapi tabiat merokok dan tekanan darah tinggi adalah dua faktor risiko terbesar yang boleh menyebabkan berlakunya aneurisme atau pembentukan aneurisme,” tambahnya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda