Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua jet tentera udara bertembung, juruterbang selamat

    PARIS, 26 MAC – Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis bertembung ketika sesi latihan berhampiran Saint-Dizier, timur Perancis kelmarin, kata Menteri Pertahanan, Sebastien Lecornu.

    Kedua-dua juruterbang ‘Patrouille de France’ terselamat selepas berjaya melenting keluar, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

    Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian.

    Saint-Dizier, yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Paris, merupakan lokasi sebuah pangkalan udara Perancis. – Bernama

    Gambar menunjukkan kebakaran selepas sebuah kapal terbang terhempas, berhampiran Pangkalan Udara 113 di Saint-Dizier, timur Perancis, pada 25 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda