Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua juruterbang maut selepas pesawat bertembung

    OTTAWA, 9 JULAI – Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikan mereka bertembung di udara pada pagi kelmarin di selatan Kanada, lapor Xinhua.

    Nahas berlaku di kawasan luar bandar Hanover, yang terletak di selatan Winnipeg, ibu negeri wilayah Manitoba, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan polis.

    Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan tiada penumpang berada dalam pesawat terbabit, menurut polis.Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan serpihan dua pesawat berkenaan telah ditemukan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda