LA PAZ, 26 SEPT – Lebih dua juta haiwan liar termasuk jaguar, puma dan llama, mati dalam kebakaran selama beberapa minggu yang memusnahkan sebahagian besar hutan dan padang rumput di Bolivia, kata pakar alam sekitar semalam.
Api memusnahkan hutan tropika Chiquitania di timur negara itu.
“Kami sudah berunding dengan pakar biologi Chiquitania dan menganggarkan lebih 2.3 juta haiwan hilang di banyak kawasan dilindungi,” kata Profesor Sandra Quiroga daripada Universiti Santa Cruz.
Kucing liar Amerika Latin, dan haiwan liar lain seperti puma, jaguar selain rusa, llama dan binatang kecil seperti anteater, cicak, tapir dan tikus, menurut pakar biologi yang menyiasat skala kemusnahan.
Media tempatan menunjukkan imej bangkai haiwan yang rentung dalam hutan yang terbakar dan burung yang terbang ke zon tidak dijilat api.
Kebakaran, yang meliputi hampir lebih empat juta hektar kawasan sejak Ogos lalu, memusnahkan sepenuhnya ‘hutan utama’ seluas lebih 100 hektar di kawasan simpanan Tucavaca di timur Santa Cruz.
“Hutan hangus dan kerosakan tidak dapat dipulihkan.
“Ia tidak akan kembali seperti normal,” kata Quiroga. – AFP
