Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua kanak-kanak Afghan termakan cendawan beracun perlu pemindahan hati

    WARSAW, 30 OGOS – Datuk bandar Poland merayu bagi penderma organ hari ini selepas dua kanak-kanak yang dipindahkan dari Afghanistan jatuh sakit selepas memakan cendawan beracun dan memerlukan pemindahan hati.

    “Kami berdukacita dengan berita kes keracunan cendawan itu,” kata Datuk Bandar Podkowa Lesna, Artur Tusinski, dekat bandar Poland, Warsaw dalam Facebook.

    Kanak-kanak itu sedang dirawat di sebuah hospital di Warsaw.

    Portal berita OKO.press melaporkan yang ayah mereka, seorang akauntan bekerja selama beberapa tahun untuk tentera British.

    Selepas Taliban mengambil alih Afghanistan bulan ini, keluarga itu telah dipindahkan oleh tentera Poland atas permintaan Britain.

    Laporan itu mengatakan 12 sekeluarga itu tiba di Warsaw Isnin lepas dan mencari makan sekitar hutan luar pusat migran mereka.

    Ia mengatakan kanak-kanak yang memerlukan pemindahan organ berkenaan berusia enam dan lapan tahun, menambah bahawa yang adik beradik mereka yang tua berusia 17 tahun juga jatuh sakit namun sudah sembuh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda