SYDNEY, 7 Nov – Dua kanak-kanak terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila sebuah kereta merempuh bilik darjah di sekolah Sydney.
Saksi kejadian dan unit kecemasan menyifatkan kejadian tersebut sebagai “huru-hara”.
Tragedi ini berlaku di Sekolah Awam Banksia Road apabila sebuah kereta merempuh bangunan bilik darjah yang diperbuat dari kayu selepas sahaja kelas bermula.
Pemandu wanita yang berusia 52 tahun ditahan untuk disoal siasat dan akan menjalankan ujian dadah dan alkohol. Dia dilaporkan menghantar anaknya dan polis memberitahu bahawa kejadian itu adalah tidak disenghajakan.
“Kejadian itu menyebabkan lima orang kanak-kanak dibawa ke Hospital Westmead. Malangnya, dua daripadanya meninggal dunia,” kata Penolong Pesuruhjaya New South Wales, Stewart Smith.
Seorang bapa menceritakan semasa mengangkat kereta yang di bawahnya terdapat mayat kanak-kanak dan kedengaran teriakan kanak-kanak mencari ibunya dalam keadaan kelam kabut selepas sahaja rempuhan tersebut. – AFP