Dua kapal terbang bertembung

FRANKFURT, 17 NOV – Kapal Terbang Air Namibia bertembung dengan pesawat Korean Air selepas mendarat di lapangan terbang Frankfurt petang kelmarin, kata pegawai, menambah tiada kecederaan berlaku.

Kedua-dua pesawat itu mengalami kerosakan yang menurut Air Nambia hanya ‘kemalangan kecil’ hari ini.

Jurucakap bagi lapangan terbang Frankfurt berkata kemalangan terjadi sekitar jam 6 petang (1700 GMT) Sabtu. Dia berkata tiada penumpang mengalami kecederaan dan punca kemalangan belum jelas.

“Sayap kiri pesawat Air Namibia bertembung dengan penstabil mendatar Korean Air KE905 ketika sedang menunggu di lapangan terbang setelah mendarat,” kata Korea Air dalam satu Kenyataan.

Korean Air membawa 241 penumpang dan 40 anak kapal ketika itu, katanya.

“Kami mengesahkan tiada penumpang dan anak kapal yang cedera,” Air Namibia menambah dalam laporannya.

Korea Air berkata penerbangan pulang balik ke Seoul ditangguhkan selama 21 jam dan ia menambah, penumpang yang terjejas telah ditawarkan penginapan.

Pesawat gantian dijadualkan berlepas pada petang ini.

Air Namibia berkata ia juga menawarkan penginapan kepada 244 penumpang disebabkan perjalanan dari Frankfurt ke Windhoek dan mencari penerbangan alternatif.

Biro Persekutuan Penyiasat Kemalangan Pesawat, Jerman (BFU) telah membuka satu siasatan ke atas punca perlanggaran tersebut.

Kerosakan kedua-dua pesawat masih dalam siasatan, kata jurucakap BFU. – AFP