Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua keluarga pilih berteduh dalam kereta, lori

    PASIR MAS, 20 DIS – Ketika individu lain memilih untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kediaman masing-masing mula dinaiki air, dua keluarga memilih untuk berteduh di dalam kereta dan lori.

    Pekerja kedai perabot, Mohd Hafizi Iskandar, 30, berkata beliau bersama isteri dan anak lelaki berusia setahun berlindung di dalam kereta yang diletakkan di kawasan tinggi berhampiran rumahnya kerana PPS sudah penuh.

    “Kami sekeluarga selesa berteduh di dalam kereta…lagipun tidur di sini (dalam kereta) kami lebih berasa lega kerana kami dapat memantau keadaan rumah yang hanya di depan mata,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

    Sementara itu, tukang jahit, Ruwaida Ramli, 37, berkata keluarganya telah dua hari tinggal di dalam lori setelah rumah mereka ditenggelami air.

    “Banjir kali ini memang tak sangka seteruk ini. Ada ahli keluarga tidur dalam lori dan kereta. Bukan kami tak mahu pergi ke PPS, tapi penuh dan sesak..yang ada pun jauh,” katanya. – Bernama

    Penduduk kampung memasang khemah dan bermalam di bahu jalan selepas rumah mereka ditenggelami banjir di Kampung Gual Besar Jajahan Pasir Mas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda