CHENGDU, 9 Feb – Wilayah Sichuan barat daya China hari ini melaporkan dua kes selesema burung manusia H7N9, menjadikan jumlah jangkitan di wilayah itu kepada empat orang tahun ini.
Kedua-dua pesakit didiagnosis di bandar Suining dan kedua-duanya kini dalam keadaan kritikal, berkata komisen kesihatan dan perancangan keluarga wilayah itu.
Pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah-langkah bagi mengawal penyakit. – Xinhua