Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua kes masih aktif

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Setakat jam 12 tengah hari ini, Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan sebarang kes baharu, mengekalkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kepada 150 orang, manakala dua lagi kes masih aktif.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menjelaskan, kes jangkitan tempatan terakhir ialah pada 6 Mei 2020 (207 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sembilan kes.

    Selain itu, turut dikongsi juga ialah ringkasan pengasingan diri iaitu sejumlah 527 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 8,571 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 162 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 77,086 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda