Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua kesalahan dikesan semasa Ops Siaga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Dua kesalahan telah didapati semasa Operasi Siaga 240/2024 yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh pada 31 Oktober lalu.

    Operasi tersebut dijalankan adalah untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Pemeriksaan yang dijalankan bagi kegiatan menjual kereta dan alat ganti kereta terpakai di Kampung Kupang telah mendapati dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan Bab 112(2) iaitu menggaji pekerja asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Buruh, menggaji pekerja asing jaminan syarikat lain dan pekerja didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan.

    Kesalahan lain yang dilakukan oleh majikan adalah Bab 10, majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan yang menggaji dan majikan asal boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan tersebut. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan kegiatan menjual kereta dan alat ganti kereta terpakai di Kampung Kupang baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda