ISTANBUL, 20 FEB – Dua kontraktor senior yang terlibat dalam pembinaan sebahagian kompleks perumahan besar di Turkiye, yang runtuh dalam gempa bumi tahun 2023, telah dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 18 tahun, lapor media tempatan pada hari Rabu.
Kes ini berkaitan dengan blok menara lapan tingkat di kompleks Ebrar di bandar tenggara Kahramanmaras, kata penyiar swasta Turkiye, NTV.
Terdapat 22 blok sedemikian dalam kompleks itu, hampir kesemuanya runtuh apabila gempa berukuran 7.8-magnitud pertama kali berlaku pada 6 Februari 2023, mengorbankan 1,400 orang.
Keputusan pada hari Rabu berkaitan dengan runtuhan Blok B di mana 115 orang mati, kata NTV, hakim telah menjatuhkan hukuman kepada kontraktor senior, Tevfik Tepebasi dan Atilla Oz, ketua koperasi yang membina bangunan tersebut, dipenjara 18 tahun lapan bulan setiap seorang atas kesalahan “menyebabkan kematian dan kecederaan melalui kecuaian secara sedar”.
Tepebasi, yang dipenjara sejurus selepas gempa dan sedang didakwa dalam beberapa kes berkaitan gempa bumi yang lain membuat kekecohan dalam sesi perbicaraan setahun yang lalu, apabila dia memberitahu mahkamah bahawa dia tidak patut didakwa kerana “Saya tidak tahu apa-apa tentang pembinaan.” – AFP
