Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua korban insiden tembakan di Oakland

    SAN FRANCISCO, 4 Jan – Dua lelaki maut dalam kejadian tembakan di Oakland, California menurut sumber media tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

    Seorang mangsa mati di tempat kejadian akibat ditembak manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di hospital.

    Jurucakap Jabatan Polis Oakland, Johnna Watson dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan laporan polis di Bay Area Rapid Transit (BART) San Francisco, seorang pegawai polisnya turut terlibat dalam kejadian tembakan itu.

    Jabatan Polis Oakland melalui Twitter berkata, pihaknya membantu pihak berkuasa polis BART dalam kejadian yang berlaku di kawasan berhampiran Stesen BART Barat Oakland itu.

    Punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan buat masa ini Jabatan Polis Oakland enggan memberikan sebarang maklumat tambahan. Seorang saksi wanita berkata, beliau melihat seorang lelaki muda dan seoarang lagi agak berusia bertengkar di luar restoran sebelum mendengar lima atau enam bunyi tembakan. Saksi kemudian melihat lelaki muda itu terbaring di atas tanah berlumuran darah.

    Pada 2009, seorang lelaki kulit hitam berusia 22 tahun, Oscar Grant, ditembak mati oleh pegawai polis BART di stesen kereta api Oakland. Penembak dikenali sebagai Johannes Mehserle.

    Insiden itu menimbulkan protes dan rusuhan di Oakland, Mehserle kemudian dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda