Dua Korea rai ulang tahun perang Korea

SEOUL, 25 JUN – Korea Utara dan Korea Selatan hari ini secara berasingan menyambut ulang tahun ke-70 permulaan Perang Korea, konflik yang telah membunuh jutaan orang dan secara teknikalnya belum lagi berakhir.

Pertempuran dua Korea pada 25 Jun 1950 berakhir dengan perjanjian gencatan senjata yang tidak pernah digantikan dengan perjanjian perdamaian, menyebabkan semenanjung dan jutaan keluarga terpisah oleh Zon Bebas Tentera.

“Perang Korea adalah perang yang membentuk kita hari ini,” kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in semasa majlis malam ini.

“Kami sudah lama aman. Bagaimanapun, jika sesiapa mengancam keselamatan dan kehidupan penduduk kami, kami akan bertindak tegas,” katanya, memetik persaingan dominan dua Korea ‘berakhir sudah lama’ dengan ekonomi Korea Selatan ‘lebih 50 kali’ besar daripada Korea Utara.

Hampir 150 askar dibawa balik dari Hawaii selepas digali dari Korea Utara telah diterima secara rasmi pada majlis itu.

Mesej video daripada para pemimpin 22 negara asing yang terdiri daripada gabungan PBB mempertahankan Selatan telah dimainkan.

Pada awalnya, menteri-menteri pertahanan Washington dan Seoul menegaskan semula komitmen mereka untuk mempertahankan ‘keamanan yang sukar diperjuangkan’.

Kira-kira tiga juta warga Korea meninggal dunia dalam konflik itu, majoriti daripadanya adalah orang awam. – AFP

Para pelakon berpakaian ala askar era Perang Korea memegang burung merpati untuk dibebaskan semasa majlis menyambut ulang tahun ke-70 permulaan Perang Korea di Memorial Perang Baengmagoji di Cheorwon, dekat Zon Bebas Tentera. – AFP