Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lagi kes mpox berbahaya dikesan di UK

    LONDON, 5 NOV – Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA), lapor PA Media/dpa.

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes strain mpox Clade Ib yang disahkan di negara itu meningkat kepada tiga.

    UKHSA memaklumkan bahawa risiko kepada populasi UK ‘kekal rendah’ dan dua pesakit terbabit kini berada di bawah jagaan pakar di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

    Kes pertama negara itu dikesan di London minggu lalu, melibatkan seorang individu yang baru pulang dari percutian di Afrika dan tiba di UK pada 21 Oktober.

    Individu itu mengalami simptom seperti selesema lebih 24 jam kemudian dan pada 24 Oktober, mula mengalami ruam yang bertambah teruk beberapa hari berikutnya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda