SINGAPURA, 5 MAC – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan positif kepada 112 di republik itu.
Dalam satu kenyataan di sini, MOH berkata kes melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun, pemastautin tetap Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan terkini ke negara atau wilayah yang terjejas dengan virus itu.
Lelaki itu kini diasingkan dalam sebuah bilik di Hospital Universiti Nasional (NUH) selepas keputusan ujian berikutnya mengesahkan dia positif COVID-19 pada 3 Mac, kata kenyataan itu.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata dia selalu berada di rumahnya di Jalan Compassvale. – Bernama