ANKARA, 1 MAC – Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter melanda wilayah Malatya, di tenggara Turkiye pada Isnin, menurut laporan Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye kelmarin.
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt, Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat gempa bumi pada 6 Februari, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu tiada tempat tinggal. – Bernama