BEIJING, 1 MEI – Para penyelamat menarik keluar dua mangsa terselamat dari runtuhan bangunan di tengah China hari ini, lapor media kerajaan, dua hari operasi mencari dan menyelamat bagi puluhan lagi yang dikhuatiri belum ditemui.
Bangunan di bandar Changsha, wilayah Hunan – yang menempatkan sebuah hotel, apartmen dan pawagam – runtuh pada Jumaat petang.
Pegawai bandar itu, kelmarin, berkata lima mangsa telah ditarik keluar dari struktur tersebut.
Kini terdapat 16 orang dipercayai masih terperangkap, menurut pihak berkuasa, sementara tidak ada kontak dibuat dengan 40 yang lain.
Lebih 50 jam usaha menyelamat, orang ketujuh diselamatkan pada malam ini, lapor penyiaran kerajaan CCTV, selepas para penyelamat ‘mengesan tanda mangsa hidup’ pada petang ini.
“Apabila wanita itu ditemui, dia berada dalam keadaan baik. Tanda-tanda kesihatannya menunjukkan stabil dan boleh bercakap dengan para penyelamat di luar,” kata wartawan CCTV di tempat kejadian, menambah yang wanita itu dipisahkan oleh para penyelamat daripada tembok yang tebalnya satu meter.
CCTV menunjukkan rakaman sebuah ambulans menghantar mangsa ke hospital, di mana para penyelamat bekerja dengan penggali.
Seorang lagi mangsa yang ditarik dari runtuhan awal hari ini, ketika siaran CCTV menunjukkan bomba mendapatkan mangsa yang diliputi habuk.
Polis Changsha berkata sembilan orang – termasuk pemilik bangunan dan sebuah pasukan pemeriksa keselamatan – telah ditahan hari ini kerana berkaitan dengan kemalangan itu. – AFP