Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lagi positif menjelang perlawanan kelayakan

    WARSAW, 30 MAC – Dua lagi pemain Poland diuji positif dijangkiti COVID-19 dan membawa jumlah keseluruhan kepada empat, Persekutuan Bola sepak Poland berkata hari ini, pada malam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang England.

    “Pasukan kebangsaan Poland mengambil lebih banyak ujian koronavirus. Malangnya, keputusan positif untuk Grzegorz Krychowiak dan Kamil Piatkowski,” kata jurucakap persekutuan, Jakub Kwiatkowski dalam Twitternya.

    Kwiatkowski yang turut disahkan positif, berkata persekutuan bola sepak Poland telah berbincang dengan pihak berkuasa UEFA untuk meminta kebenaran bagi Krychowiak untuk bermain memandangkan dua pernah dijangkiti virus.

    Pemain tengah Mateusz Klich dan penjaga gol simpanan, Lukasz Skorupski diuji positif virus minggu lalu.

    Penyerang Robert Lewandowski juga terlepas perlawanan di Wembley selepas mengalami kecederaan lutut kanan semasa perlawanan menentang Andorra pada Ahad di mana dia berjaya meledak dua gol.

    Poland menyaksikan peningkatan dalam kes jangkitan koronavirus dalam beberapa minggu kebelakangan dan kini menjadi salah sebuah negara tertinggi di dunia bagi kadar jangkitan per kapita.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda