Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Syarikat JB Travel Agencies Sdn Bhd dan PGGMB Travel Services Sdn Bhd telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025.
Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji bahawa dengan kebenaran yang diberikan kepada dua syarikat berkenaan, maka pada masa ini sebanyak 32 buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk tujuan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.
