Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lagi tersenarai dalam Alert List

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Dua buah syarikat atau individu lagi telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh BDCB, di sini, syarikat atau individu atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah Fast Privacy Online Loan BN / Privacy Fast Loan Online BN / Loan Jaya BN / Online Loan Amanah and Trusted dan Online Loan Jaya Trusted BN.

    BDCB menerangkan bahawa Alert List BDCB merupakan senarai entiti-entiti (iaitu syarikat dan individu) yang, berdasarkan maklumat yang tersedia kepada BDCB pada masa penerbitan, mungkin atau berkemungkinan telah disalah anggap sebagai dilesenkan atau diberi kebenaran/kelulusan atau dikawal selia oleh BDCB.

    Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB terhadap aktiviti-aktiviti entiti berkenaan. Sehubungan itu, BDCB ingin menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap syarikat atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan, terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan-perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah pinjaman wang, penukaran wang dan pengiriman wang. Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan syarikat atau individu yang tidak dilesen atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman web BDCB di www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak berlesen, sila hubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel melalui fci@bdcb.gov.bn

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda