Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Dua lelaki yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri dan menyimpan harta curi bakal menjalani perbicaraan pada 2 hingga 7 Oktober 2019 di Mahkamah Perantaraan.
Hakim Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan tarikh itu untuk Azimi bin Haji Mohamed, 42,yang didakwa mencuri televisyen, projektor, komputer riba dan alat penerima siaran dari sebuah rumah di Kampung Sungai Radang, Selapon, Batu Apoi antara 26 Disember 2018 dan 6 Januari 2019.
Sementara Amaran @ Muhammad Nazirullz’an bin Mayasin, 43, pula dituduh menyimpan alat perkakasan yang dicuri dari Sekolah Rendah Sultan Hassan di sebuah rumah di Kampung Buda-Buda, Temburong pada 3 Januari 2019. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah AdzimahMukarramah binti Haji Salleh.