Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki didenda buang puntung rokok di tempat awam

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 15 NOV – Dua individu dikenakan denda kompaun $100 setiap seorang oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang puntung rokok di kawasan bangunan komersial di Kampung Serusop, kelmarin.

    Sharif Hidayatullah dan Muhd ​​Hafiy Waie kedua-duanya didenda di bawah Akta Kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar denda atau menghadapi tindakan mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama, dan tidak melebihi $9,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan berulang atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan tersebut terus mengingatkan tentang tanggungjawab orang ramai untuk memastikan alam sekitar supaya sentiasa bersih.

    GAMBAR SERAHAN JASTRE
    Pegawai JASTRe semasa mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan kesalahan. – GAMBAR SERAHAN JASTRE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda