Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki dipenjara 3 tahun, 2 sebatan

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Mahkamah Rayuan di sini, pada 23 Jun lalu, telah mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Perantaraan terhadap dua lelaki yang terlibat dalam kes pencerobohan dan kesalahan-kesalahan berkaitan.

    Hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara serta tiga sebatan yang dijatuhkan ke atas Mohammad Zul Eqram bin Haji Asmad telah dikurangkan kepada tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi penglibatannya sehingga sabitan seorang lagi rakan tertuduh.

    Sementara itu, hukuman tiga tahun penjara yang dijatuhkan terhadap Mohammad Zul Waliyuddin bin Haji Asmad dikekalkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Michael Peter Burrell, yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn, yang mendapatinya berpatutan.

    Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mewakili pendakwa raya selaku responden.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda