Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki ditahan disyaki edar syabu

    MIRI, 6 MEI – Dua lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah ditahan dalam satu operasi khas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Marudi di Long Lama, sebuah penempatan di kawasan pedalaman Miri, semalam.

    Ketua Polis Daerah, Marudi DSP Nor Aizan Mohd Jamil berkata dalam operasi itu polis turut merampas sebanyak 60 gram dadah dipercayai syabu yang dianggarkan bernilai RM6,600 dan mampu digunakan oleh kira-kira 600 penagih.

    “Kedua-dua suspek berusia antara 32 hingga 47 tahun dan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Ujian saringan awal turut mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dianggarkan bernilai RM45,000. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda