Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki maut akibat serangan beruang di timur Rusia

    YUZHNO-SAKHALINSK, 23 JUN – Dua orang maut akibat serangan beruang di Bandar Yuzhno-Sakhalinsk, dan siasatan sedang dijalankan terhadap pegawai hidupan liar berhubung kecuaian jenayah dalam insiden itu, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

    Terdahulu, pejabat Kementerian Kecemasan Rusia di Sakhalin melaporkan, seekor beruang menyerang sekumpulan orang dan jumlah sebenar mangsa masih dalam proses pengesahan.

    “Pada Isnin berhampiran arca ‘Tiga Rusa’, seekor beruang menyerang seorang lelaki, yang kemudian meninggal dunia dalam ambulans. Kemudian, mayat seorang lagi lelaki ditemukan berhampiran lokasi kejadian,” menurut kenyataan jawatankuasa penyiasatan.

    Kertas siasatan dibuka di bawah Bahagian 3, Artikel 293 Kanun Jenayah Rusia (kecuaian yang mengakibatkan kematian dua orang) terhadap pegawai yang bertanggungjawab ke atas kawalan hidupan liar. Penyiasat kini sedang meneliti keadaan kejadian dan menjalankan prosedur sewajarnya. Kementerian Kesihatan wilayah itu memberitahu TASS, mayat mangsa kedua ditemukan dalam keadaan sebahagiannya tertanam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda