Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Dua lelaki yang berdepan pertuduhan pecah masuk rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan, kelmarin. Shamsul Rizal bin Mohd Ibrahim, 34, dan Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metassan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar yang kemudian menetapkan 10 Jun 2019 untuk menentukan tarikh perbicaraan mereka.
Kedua-dua tertuduh didakwa memecah masuk sebuah rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada awal pagi 22 Februari 2019 dan mencuri lapan biji rim serta tayarnya dan sebuah mesin penjana kuasa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.