Sunday, December 29, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua lelaki tinggal lebih masa kena penjara, sebat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Dua orang warganegara asing telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan tiga sebatan atas kesalahan Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), di sini, hari ini, pendakwaan terhadap lelaki warganegara Bangladesh, Aminur Miah berusia 43 tahun dan Noyan Miah berusia 41 tahun, dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JIPK, Hajah Nor Hafizah binti Haji Jahri di hadapan Magistret, Nurul Billah Aqilah binti Haji Mohd Ali.

    JIPK mengingatkan warganegara asing bagi memastikan pas-pas imigresen adalah sentiasa sah semasa keberadaan mereka di Negara Brunei Darussalam.

    Sabit kesalahan bagi tinggal lebih masa melebihi 90 hari boleh dihukum penjara tidak kurang tiga bulan dan tidak kurang tiga kali sebatan.

    Jabatan itu mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda