Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua Lipa bakal gegar Kuala Lumpur

    Pemenang tiga kali Anugerah Grammy, Dua Lipa bakal menggegarkan Malaysia menerusi Dua Lipa Radical Optimism Asia Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November depan, lapor BH Online.

    Bukan hanya Malaysia, pemenang tujuh kali Anugerah Brit itu turut menjelajah tujuh lagi negara, bermula Singapura pada 6 November.

    Ia diikuti Jakarta, Indonesia (9 November); Manila, Filipina (13 November); Tokyo, Jepun (16 & 17 November); Taipei, Taiwan (20 November); Bangkok, Thailand (27 November) dan berakhir di Seoul, Korea Selatan (4 Disember).

    Pengumuman itu dilakukan menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh Live Nation.

    Pengumuman jelajah itu dilakukan selepas penyanyi berketurunan British-Albania mengeluarkan album ketiga, RadicalOptimism yang menduduki tangga pertama dalam carta muzik di 11 negara.

    Dua Lipa Radical Optimism Asia Tour akan gegar Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November depan. – mStar

    Di Amerika Syarikat (AS), album berkenaan menduduki tangga pertama di carta Billboard menerusi kategori Top Album Sales, manakala tangga kedua (carta Billboard 200), sekali gus menjadikan jualan album terbesar buat Lipa.

    Album itu memuatkan lagu seperti Houdini, Illusion dan Training Season.

    Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Levitating itu mengumumkan konsert di Berlin, Jerman; Pula, Croatia dan Nimes, Perancis, di mana tiket sudah habis dijual, bulan depan.

    Selain itu, Lipa juga akan membuat persembahan di Festival Glastonbury (28 Jun) dan Royal Albert Hall London (17 Oktober), tiketnya juga licin habis dijual.

    Pada 2021, album Future Nostalgia dicatatkan sebagai album artis wanita paling lama menduduki carta Top 10 dalam carta Billboard 200.

    Album yang memuatkan lagu seperti Physical, Don’t Start Now dan Levitating itu dikeluarkan ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh pada 2020. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda