Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Dua Lipa batal lancar muzik video

    Penyanyi Dua Lipa membatalkan pelancaran muzik video lagu terbaharunya yang sepatutnya dilancarkan pada bulan ini.

    Dua Lipa membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat beberapa babak berkaitan letupan, pergaduhan serta peperangan dalam muzik video berkenaan.

    Memetik kenyataan yang dikongsi mStar, elemen itu dikhuatiri akan menyinggung perasaan masyarakat di Palestin yang ketika ini sedang berdepan dengan kekejaman Zionis Israel.

    Walaupun penghasilan muzik video tersebut menelan kos ratusan ribu dolar namun akur kerana dia sendiri terkesan dengan penindasan dan kekejaman pihak Zionis terhadap penduduk di negara bergolak itu.

    “Hati saya remuk bila mengenangkan nasib masyarakat Palestin apabila banyak nyawa dibunuh kejam yang di antaranya adalah kanak-kanak.

    “Tidak terbayang penderitaan menimpa mereka,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

    Difahamkan proses rakaman muzik video tersebut sudah selesai sejak tahun lalu sebelum peperangan di antara Palestin dan Israel teretus. – Agensi

    Dua Lipa cukup lantang bersuara mengenai isu rakyat Palestin. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...