Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua Lipa berang tindakan akhbar tabloid

    Penyanyi Dua Lipa bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid di United Kingdom (UK) yang mengeluarkan artikel berbaur fitnah berkaitan dengan video muzik lagunya yang dirakam di London.

    Dua Lipa menerusi Instastory miliknya berkata artikel tersebut yang mendakwa dia menjalani rakaman vi-deo klip itu tanpa mengikut operasi standard prosedur (SOP) COVID-19 adalah tidak benar.

    Susulan dakwaan tersebut, pihak peguam yang mewakili Dua Lipa telah menghantar surat kepada pihak akhbar tersebut yang turut menulis beberapa fakta tidak benar mengenainya.

    “Sebuah akhbar tabloid di UK (saya tidak mahu memberi publisiti dengan meletakkan namanya), telah mengeluarkan artikel mengenai video muzik saya yang menjalani penggambaran di London.

    “Apa yang didakwa itu semuanya tidak benar sama sekali. Rakaman itu mengikut semua garis panduan. Ini merupakan salah satu berita tidak benar yang dikeluarkan akhbar itu mengenai saya tahun ini.

    “Peguam saya sudah menghantar surat kepada pihak tersebut. Ia sangat memalukan apabila sesetengah akhbar British lebih mengutamakan penjualan akhbar dari kebenaran,” katanya. – Agensi

    Dua Lipa berang dengan tindakan akhbar tabloid di UK yang menge-luarkan artikel berbaur fitnah ber-kaitan dengan video muzik lagunya yang dirakam di London. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda