Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua Lipa, CL luang masa bersama di London

    Kehadiran penyanyi terkenal CL di London disambut baik oleh rakannya yang juga penyanyi popular Dua Lipa.

    Menerusi laman Instagram dan Twitter, Dua Lipa turut berkongsi beberapa foto dia dan CL meluangkan masa bersama.

    Rata-rata peminat Dua Lipa dan CL di laman sosial tersebut meluahkan rasa teruja melihat kemesraan mereka berdua.

    Difahamkan CL kini berada di London bagi mengadakan persembahan di program ‘ALPHA’ yang akan diadakan di Village Underground pada 30 November depan.

    Awal tahun ini, CL juga sudah menandatangani kontrak bersama pihak agensi di London iaitu Satellite414 dan agensi pengurusan TaP Music yang turut menguruskan Dua Lipa. – Agensi

    Salah satu foto yang dimuat naik Dua Lipa bersama CL di laman sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda