Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua Lipa dan Trevor Noah bercinta?

    Penyanyi Dua Lipa kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara Trevor Noah selepas kedua-duanya dilihat berpelukan mesra selepas makan malam bersama di sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.

    Menurut sumber seperti yang dipetik dari Daily Mail, pasangan selebriti ini dilihat memilih meja berjauhan dengan pengunjung lain ketika di premis tersebut.

    Kemudian apabila selesai makan malam bersama, Dua dan Trevor berjalan berpegangan tangan dan dilihat bermesraan.

    “Mereka duduk jauh dari orang lain ketika di restoran itu. Jelas kelihatan mereka seperti pasangan bercinta dan duduk rapat sepanjang makan malam.

    “Selepas itu mereka meninggalkan restoran tersebut dan jalan bersama. Kemudian kedua-dua bermesraan,” jelas sumber yang melihat aksi mereka. Untuk rekod, Dua sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Anwar Hadid iaitu adik kepada model terkenal Gigi Hadid.

    Manakala Trevor pula pernah bersama pelakon Minka Kelly pada tahun 2020 namun hubungan mereka hanya bertahan selama satu tahun. – Agensi

    Dua Lipa (kiri) dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara Trevor Noah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda